Tidak Penting Perjanjian Itu Betul Atau Palsu – Ketua UMNO Bahagian Bakri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak wajar memecah-belahkan parti buat masa ini, sebaliknya semua perlu memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Fuad Tukirin menyatakan, beliau tidak pasti sama ada perjanjian yang tersebar antara Perdana Menteri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin benar atau palsu.

“Namun saya merasakan perjanjian ini jika ada pun masih menguntungkan parti Barisan Nasional (BN) dan UMNO secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Fuad, Ismail Sabri hari ini memimpin kerajaan dengan baik malah beliau berupaya membantu rakyat dengan pelbagai inisiatif bantuan tunai dan subsidi barang keperluan.

“Kedudukan Ismail Sabri turut membantu memperkasakan parti UMNO seperti mana dalam pilihan raya negeri Melaka dan Johor.

“Saya fikir di saat kita sedang memberi khidmat terbaik membantu rakyat berhadapan ancaman inflasi dan kesukaran hidup, perkara-perkara yang boleh melemahkan Perdana Menteri tidak harus berlaku,” tegas Fuad lagi.

Malah katanya, kita juga sedang menuju ke PRU-15 seperti mana dikehendaki oleh ahli parti, maka apa niat individu tertentu mahu memecah-belahkan parti?

“Ismail Sabri memgambil alih negara alih negara dalam keadaan yang amat sukar dan Alhamdulillah sehingga kini Perdana Menteri berjaya meletakkan negara dalam landasan yang betul.

“Jadi saya fikir kita wajar memberi sokongan padu kepada beliau, bukannya memecah-belahkan parti,” ujarnya.

Baru-baru ini bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mengesahkan wujud perjanjian antara Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Marzuki mendakwa, perjanjian itu disaksikan dua individu penting daripada UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Saya ingin mengesahkan perjanjian ini wujud. Sebagai pegawai Perdana Menteri kelapan pada waktu itu, saya terlibat secara langsung dalam penyediaan perjanjian ini.

“Ia ditandatangani oleh Tan Sri Muhyiddin dan Perdana Menteri pada 17 Ogos 2021 dan disaksikan oleh seorang menteri daripada Bersatu dan seorang menteri UMNO,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Muhyiddin sebelum ini dilapor telah mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat