Program CSR Pertama Moevd Di Luar Bandar

CYBERJAYA: Moevd merupakan aplikasi pintar yang akan dilancarkan pada bulan Ogos.

Antara lain, ia menyediakan servis “e-hailing”, pesanan makanan, penghantaran parcel, servis insurans terutama kepada masyarakat B40 secara percuma dan servis- servis lain yang akan dilancarkan sekitar bulan Ogos buat masyarakat Malaysia.

Seiring dengan kepantasan teknologi pada masa kini, Moevd akan menjadi aplikasi “lifestyle apps” yang pertama yang menawarkan pelbagai servis termasuk servis Umrah yang akan ditawarkan kepada masyarakat.

Sesuai dengan perkembangan itu, pada 12 Julai 2022, pihak Moevd telah julung kalinya membuat program CSR yang pertama di lokasi luar bandar.

Moevd memilih Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar sebagai lokasi program mereka dengan menyerahkan jersi kepada pasukan bola sepak sekolah berkenaan. Sekolah ini merupakan salah satu sekolah kluster cemerlang di negeri Johor.

Selari dengan slogan “Keluarga Malaysia” iaitu tiada golongan yang tertinggal, pihak Moevd mengambil inisatif seperti ini untuk memastikan semua pihak tidak akan rasa tersisih.

Ini juga bersesuaian dengan slogan syarikat berkenaan, “smile in every movement”.

Diharap dengan program julung kalinya dari Moevd ini, ia dapat melahirkan senyuman kepada adik-adik di Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar.