Banjir Kilat Di Gua Musang

- Advertisement -

GUA MUSANG: Hujan lebat selama empat jam, bermula 6 petang hingga 10 malam tadi menyebabkan 10 kawasan di sekitar bandar Gua Musang dilanda banjir kilat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin, berkata antara kawasan yang dinaiki air ialah kawasan perindustrian Ladang Chin Teck, Kampung Lepan Jaya, Kampung Tanah Puteh, Kampung Kerinting, Kampung Tiong dan Bandar Lama Gua Musang.

Katanya, banjir kilat yang berlaku itu disebabkan limpahan air dari Sungai Ketil, berikutan hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam.

“Walau bagaimanapun, setakat ini tidak ada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka dan penduduk terjejas hanya berpindah ke rumah saudara-mara mereka yang terdekat.

“Air kini semakin menurun tetapi beberapa kawasan seperti Kampung Kerinting, Kampung Tiong dan Bandar Lama Gua Musang masih lagi digenangi air selain jalan di Kampung Pulai ditutup serta tidak boleh dilalui,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku memandangkan air Sungai Ketil masih lagi melimpah.

“Selain Polis Diraja Malaysia (PDRM) beberapa agensi lain turut membantu, adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Majlis Daerah Gua Musang (MDGM).

-Berita Harian-

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat