Rugi RM5K Akibat Terpedaya Pelaburan Saham Bit Forex

- Advertisement -

KUANTAN: Seorang suri rumah kerugian lebih RM5,000 selepas terpedaya dengan promosi pelaburan saham Bit Forex melalui aplikasi Instagram kelmarin.

Promosi pada 22 Jun lalu itu menjanjikan kononnya membawa pulangan berlipat kali ganda dalam tempoh 48 jam, kelmarin.

Mangsa berusia 20 tahun berurusan dengan seorang wanita memperkenalkan diri sebagai penasihat kewangan syarikat pelaburan terbabit sebelum memilih pelaburan pakej plan B dengan nilai pelaburan serendah RM800 namun menjanjikan pulangan RM8,640 dalam tempoh dua hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa turut dijanjikan hadiah percuma berupa telefon pintar IPhone selain peluang keuntungan lebih tinggi secara berperingkat hasil pelaburan itu.

Bagaimanapun, ‘pelaburan’ wanita itu lesap sebanyak RM5,289 tetapi keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar.

“Mangsa ditawarkan pakej pelaburan bernilai serendah RM500 hingga RM3,000 sebelum dia memilih pakej B bernilai RM800.

“Bagi tujuan itu, mangsa menyerahkan semua butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank untuk proses permohonan selain membuat bayaran wang pelaburannya.

“Mangsa membuat bayaran pelaburan melalui transaksi perbankan internet ke akaun bank yang diberikan suspek pada 6 Julai lalu.

“Bagaimanapun mangsa mula curiga apabila dimaklumkan suspek bahawa bayaran pengeluaran itu tergantung dalam sistem dan bagi mengaktifkannya kembali, dia perlu menjelaskan yuran proses sebanyak RM1,750,” katanya, di sini hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Maran, kelmarin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis masih mengesan pemilik akaun bank dan nombor telefon yang digunakan individu terbabit dalam kes itu bagi membantu siasatan,” katanya.

-Berita Harian-

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat