Madu Lebah Tandatan Boleh Beri Pendapatan Lumayan

- Advertisement -

TAMPARULI, 11 Julai — Hasil tunjuk ajar daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dua tahun lepas, Lagui Jaimin Gitut dari Kampung Rambai di sini, kini bukan sahaja antara pengusaha madu lebah tantadan yang berjaya tetapi juga mampu menjadi pembekal sarang lebah itu di daerah ini.

Lagui, 65, yang juga bekas pegawai bahagian pembangunan masyarakat RISDA di Kuala Lumpur berkata minat menternak lebah tantadan atau dikenali sebagai kelulut tercetus selepas mengikuti kursus berkaitan serangga itu di RISDA, Sabah yang mendedahkan perusahaan itu berupaya memberi pulangan lumayan.

“Bermula 30 sarang tantadan diletakkan di sekililing rumah di Kampung Rambai sejak setahun lepas, kini saya memiliki satu lagi pusat ternakan sama mengandungi 80 sarang di lokasi berhampiran Loji Penapisan Air Telibong,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya, selepas setahun mengusahakan madu lebah tantadan sepenuh masa di lokasi berkenaan dengan modal sendiri sebanyak RM16,000, perusahaan itu mula memberi hasil berlipat ganda kepadanya.

“Madu asli lebah tantadan yang dilabelkan di bawah keluaran Tantadan Enterprise, Kampung Rambai, Tamparuli, dijual pada harga RM35 setiap 200 miligram, dipasarkan secara dalam talian dan laman sosial,” katanya.

Selain itu, beliau turut menjadi pembekal sarang lebah tantadan kepada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan RISDA sebagai pendapatan tambahan sementara menunggu hasil tuaian madu dari ladangnya.

“Walaupun saya memiliki ladang lebah tantadan sendiri, saya masih memborong hasil madu daripada pengusaha lain untuk menambah bekalan yang sering tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat