417,773 Orang Jadi Korban Wabak Covid-19 Di Seluruh Dunia

- Advertisement -

PARIS – Pandemik COVID-19 yang mula meletus di China pada Disember lalu kini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 417,773 nyawa di seluruh dunia sehingga Khamis.

Sekurang-kurangnya 7,436,660 kes coronavirus direkodkan di 196 negara dan wilayah.

Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 3,308,400 kes pulih.

Angka yang diperolehi AFP daripada pengumpulan data pihak berkuasa negara dan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu berkemungkinan hanya mencerminkan sebilangan kecil daripada jumlah jangkitan yang sebenarnya.

Banyak negara hanya menjalankan saringan ke atas kes bergejala atau yang paling serius.

Sejak 1900 GMT pada Rabu, 4,809 kematian baharu dan 132,999 kes baharu dicatatkan di seluruh dunia.

Negara dengan kes kematian baharu tertinggi adalah Brazil dengan 1,274 kes diikuti oleh Amerika Syarikat (AS) dengan 807 kes, dan Mexico dengan 708 kes.

AS adalah negara yang paling banyak mencatatkan kes kematian, dengan 113,209 daripada 2,009,238 kes. Sekurang-kurangnya 533,504 kes pulih direkodkan di republik itu.

Selepas AS, negara yang paling teruk dilanda ialah Britain dengan 41,279 kes kematian daripada 291,409 kes, Brazil dengan 39,680 kematian daripada 772,416 jangkitan, Itali dengan 34,167 kematian daripada 236,142 kes, dan Perancis dengan 29,346 kematian daripada 192,364 kes.

Negara yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi berbanding penduduknya adalah Belgium dengan 83 kematian bagi setiap 100,000 penduduk, diikuti Britain (61), Sepanyol (58), Itali (57) dan Sweden (48).

China – tidak termasuk Hong Kong dan Macau – setakat ini mencatatkan 4,634 kes kematian dan 83,057 jangkitan.

Secara keseluruhan Eropah mempunyai 186,208 kes kematian daripada 2,344,090 kes, AS dan Kanada mempunyai 121,254 kematian daripada 2,106,712 kes jangkitan, Amerika Latin dan Caribbean 72,157 kematian daripada 1,473,331 kes, Asia 21,214 kematian daripada 766,832 kes, Asia Barat 11,133 kematian daripada 521,922 kes, Afrika 5,676 kematian daripada 215,106 kes, dan Oceania 131 kematian daripada 8,667 kes.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat