TNB: Kenaikan Bil Sehingga 600% Tidak Tepat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: TNB hari ini menjelaskan dakwaan kenaikan bil pengguna sehingga 600% sebulan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang dilaporkan sebelum ini, adalah tidak tepat.

Ketua Pegawai Operasi TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pegawai TNB telah berjumpa dengan pelanggan yang berkenaan untuk menjelaskan tentang bagaimana cara bil dikira menggunakan pendekatan secara pro rata.

“Kami telah memeriksa bil tersebut dan mendapati terdapat salah faham berkenaan cara bil berkenaan dikira. Jumlah bil pelanggan berkenaan telah meningkat sebanyak 120% sebulan pada bulan April, May dan Jun”.

“Sebagai syarikat yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga, kami adalah tertakluk kepada terma dalam lesen yang diberikan, termasuk tidak mengira bil pelanggan secara semberono”, katanya dalam satu kenyataan disini.

Suruhanjaya Tenaga telah meluluskan cara pengiraan bil secara pro rata dan kaedah ini telah digunakan untuk mengelak pengguna dari di caj berlebihan – Bernama

Terjemahan: SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat