Rekod Tertinggi 39 Kematian Harian, 4,765 Kes Baru Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 39 kematian akibat Covid-19 direkodkan sehingga 12 tengah hari, hari ini, menjadikannya angka kematian harian tertinggi di negara ini, setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sebanyak 1,761 kes.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 4,765 kes baharu positif Covid-19, hari ini.

“Jumlah itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 setakat ini sebanyak 453,222 kes.

“Selangor terus merekodkan peningkatan kes apabila 2,082 kes direkodkan hari ini diikuti Kuala Lumpur dengan 540 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Sarawak pula merekodkan 405 kes manakala Johor mencatatkan 348 kes.

Menurutnya, sebanyak 3,124 kes sembuh direkodkan menjadikan kes sembuh keseluruhan sebanyak 411,360 kes.

Katanya, terdapat 469 pesakit menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara termasuk 244 kes menggunakan alat bantuan pernafasan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat