Pasang Jaring Selepas Puluhan Mayat Mangsa Covid-19 Dihanyutkan Di Sungai Ganges

- Advertisement -

NEW DELHI – Pihak berkuasa utara India memasang jaring di Sungai Ganges selepas puluhan mayat disyaki mangsa COVID-19 dihanyutkan di dalamnya.

Penemuan 71 mayat di bahagian Bihar menimbulkan kebimbangan virus itu akan sampai ke kawasan pedalaman India yang luas di mana dua pertiga penduduknya tinggal.

Penduduk tempatan berkata mayat itu dilepaskan ke sungai kerana mereka tidak dapat membeli kayu untuk upacara pembakaran selain terlalu banyak mayat perlu dikebumikan.

Menteri Sumber Air Bihar, Sanjay Kumar, dalam ciapan di Twitter, berkata jaring itu ditempatkan di sungai di sempadan negara dengan Uttar Pradesh dan rondaan turut ditingkatkan.

Katanya, pemerintah negara itu sedih dengan tragedi berkenaan di samping membahayakan Sungai Ganges kerana hasil siasatan mengesahkan ia adalah mayat mangsa yang maut antara empat hingga lima hari lalu.

Laporan akhbar turut menyatakan sebanyak 25 mayat ditemui di daerah Gahmar, Uttar Pradesh.

The Hindu memetik seorang pegawai polis tempatan, Hitendra Krishna, mengatakan terdapat barisan panjang di tempat pembakaran mayat di negeri di utara itu.

“Tidak mustahil dalam keadaan terburu-buru, mayat dibuang ke sungai begitu saja,” kata .

Angka kematian rasmi COVID-19 di India melonjak lagi hari ini tetapi ramai pakar percaya jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi.

Coronavirus ini merebak ke luar bandar di mana hospitalnya sedikit dan jauh jaraknya di antara mereka selain prosedur simpanan rekod yang teruk.

Sementara itu, di New Delhi , mayat seorang lelaki berusia 56 tahun yang maut dijangkiti COVID-19 ditemui mati di tepi jalan di Shimla, Himachal Pradesh petang semalam.

Lapor The Indian Express, polis berkata mayat pesakit 19 itu dijumpai berhampiran kawasan taman di Khalini kira-kira jam 6 petang (waktu tempatan).

“Beberapa anggota polis kemudian bergegas ke lokasi itu dan membawa lelaki tersebut ke Hospital IGMC di Shimla untuk pemeriksaan.

“Sebaik tiba di unit kecemasan hospital, doktor mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia sebelum dan mayatnya dibawa untuk bedah siasat dan disahkan positif COVID-19,” kata pegawai dari Balai Polis Timur Shimla.

Berdasarkan siasatan awal polis, individu itu dikenal pasti sebagai Sarjeet Singh dan bekerja di Jabatan Kerja Raya India. – AGENSI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat