Jennifer Lopez, Ben Affleck bercuti bersama

- Advertisement -

Selepas hampir 17 tahun berpisah, penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez dikatakan kembali menyulam cinta dengan aktor Ben Affleck.

Lebih menguatkan spekulasi, mereka dilihat bersama di kediaman Lopez di Los Angeles dan kemudian bekas pasangan kekasih itu dilihat bercuti bersama di Montana.

Majalah People melaporkan J.Lo dan Affleck menghabiskan banyak masa bersama sejak berpisah dengan Alex Rodriguez.

“J.Lo menghabiskan beberapa hari bersama Ben di luar bandar. Mereka mempunyai hubungan yang kuat. Semuanya cepat dan kuat, Jennifer gembira,” kata sumber kepada People.

Pasangan itu dikhabarkan kembali ke LA pada hari Sabtu dengan jet peribadi.

Affleck pertama kali bertemu Lopez di lokasi penggambaran filem mereka, Gigli pada tahun 2002.

Pasangan ini bertunang pada tahun yang sama, dan peminat dengan senang hati memanggil mereka ‘Bennifer’.

Tetapi mereka menunda perkahwinan yang dinanti-nantikan pada 2003, dan akhirnya bertindak memutuskan hubungan pada Januari 2004.

J.Lo mengatakan itu adalah kali pertama dia patah hati.

Baru-baru ini, Jennifer Lopez memutuskan pertunangan yang terjalin selama dua tahun dengan Alex Rodriguez.

Sementara itu, pada awal tahun ini, Affleck dengan Ana de Armas juga dilaporkan berpisah. Mereka menjalinkan hubungan hampir setahun.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat