Taylor Swift Ikon Global Brit Awards 2021

- Advertisement -

Penyanyi Taylor Swift mencipta kejayaan luar biasa apabila bergelar penyanyi wanita pertama menerima pengiktirafan tertinggi anugerah muzik British menerusi trofi Ikon Global di Brit Awards 2021 yang berlangsung, semalam.

Lebih membanggakan, sepanjang sedekad penganjuran anugerah itu, hanya tiga penyanyi sahaja yang pernah diberikan anugerah khas itu iaitu Elton John pada 2014, David Bowie (2016) dan Robbie Williams (2017).

Tidak hanya itu, Swift juga mencipta sejarah bergelar artis bukan kelahiran United Kingdom (UK) yang menerima pengiktirafan itu setakat ini.

Anugerah terbabit diberikan khas kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Love Story itu atas kejayaan dan impak global yang telah dibawanya kepada peminat muzik di seluruh dunia.

Kejayaan itu juga turut dibantu di atas penjualan album studionya yang pernah mengungguli carta album UK sebelum ini.

Taylor sebelum ini juga pernah memenangi kategori penyanyi wanita solo antarabangsa Brit Awards pada 2015.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat