‘Geng Anti Vaksin tak perlu takut’ – Fizo Omar

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Fizo Omar menyeru golongan anti vaksin supaya tidak terpengaruh dengan maklumat salah mengenai suntikan vaksin.

Fizo, 36, atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram selepas mendapat suntikan vaksin AstraZeneca, kelmarin.

“Macam-macam pula dengar cerita mengenai vaksin. Ada yang sampai sudah tak nak ambil sebab takut selepas dengar cerita dari ‘Doktor Falsafah’ di media sosial. Boleh mati ke? Cacat ke? Alahai macam-macam lah kan.

“Pertama sekali, vaksin ini bukan dibuat oleh Makcik Kiah atau pengasas produk timbang kilo okay. Doktor hebat pakar dunia yang cipta dan disahkan oleh kementerian kesihatan sendiri.

“Jadi, saya nak nasihat lah kepada geng anti vaksin tak perlu lah takut dan terikut sangat dengan info yang tak sahih itu. Kalau masih ramai yang tak nak ambil vaksin ini pun tak kesudahan juga Covid-19 ini,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Fizo berkongsi keadaan diri dan ibunya yang berusia 61 tahun selepas mendapatkan suntikan pertama vaksin berkenaan.

“Selepas 48 jam saya dan mama sudah amik vaksin ini, setakat ini okay saja. Cuma biasa lah kesan apa-apa vaksin pun, badan rasa lemah sikit. Doktor pun pesan kalau rasa macam nak demam boleh ambil ubat panadol saja. Jadi tidak perlu nak kelam kabut ke klinik kecuali sudah teruk sangat. Alhamdulillah, semuanya okay saja bila bekerja macam biasa.

“Sekurang-kurangnya kita sudah ikhtiar, selebihnya kita serah saja pada Allah. Doa itu doa juga, tapi apa tindakan kita kan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat