GELOMBANG KE-4 Covid-19, Jepun Lanjutkan Darurat

- Advertisement -

CYBERJAYA – Jepun memperpanjangkan sekatan baru dan darurat bagi Tokyo, Osaka, dan empat wilayah lain sehingga 31 Mei berikutan gelombang keempat jangkitan Covid-19 di negara tersebut.

Gelombang keempat ini dalam keadaan mencemaskan apabila sesetengah fasiliti perubatan mereka telah mencapai tahap maksima.

Wilayah barat Jepun antara kawasan yang sangat teruk berhadapan gelombang keempat Covid-19 ini. Gelombang kali ini dipercayai berpunca dari varian Britain yang lebih mudah berjangkit dan menyebabkan keadaan yang lebih serius.

Profesor di Sekolah Perubatan Siswazah Universiti Osaka, Yasutoshi Kido, memberitahu agensi berita Reuters bahawa jumlah katil hospital untuk merawat pesakit Covid-19 yang kronik di Osaka sudah sangat terhad berbanding jumlah jangkitan ketika ini.

Kido menyatakan hospital di Osaka telah mengurangkan katil pesakit barah dan penyakit jantung untuk memberi ruang untuk kes COVID-19, Namun kemampuan mereka untuk menyediakan katil rawatan untuk semua pesakit Covid-19 yang mempunyai simptom kronik telah “hampir runtuh”.

Lebih membimbangkan bagi Osaka seramai lapan belas pesakit COVID-19 meninggal dunia di rumah. Bagaimana Pegawai wilayah tidak memberikan perincian mengapa 18 orang itu tidak dimasukkan ke hospital, namun berita kematian mereka datang apabila lebih dari 96% tempat tidur kritikal di wilayah tersebut telah digunakan.

Gabenor Osaka, Hirofumi Yoshimura, telah meminta persatuan perubatan untuk mengatur lawatan ke pesakit yang berada di rumah berikutan terdapat kematian di rumah di tengah kebimbangan kekurangan katil hospital.

Di sebuah rumah jagaan warga emas Osaka, 61 penghuni dijangkiti dan 14 meninggal dunia sementara menunggu untuk dimasukkan ke hospital, lapor syarikat penyiar awam Jepun, NHK, pada Jumaat lalu.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat