‘Babi, Babi, Babi, Babi’ Di DUN Melaka – Ini Penjelasan Norhizam

- Advertisement -

 

AYER KEROH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri hari ini terpaksa ditangguhkan selepas berlakunya kekecohan dan perang mulut antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan.

Kekecohan itu bermula apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang mendakwa Speaker DUN, Datuk Omar Jaafar tidak layak berada di kerusi itu kerana tidak mendapat sokongan majoriti.

Kekecohan semakin diluar kawalan apabila ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang didakwa diprovokasi oleh ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong sehinggakan kedua-dua wakil rakyat itu terpaksa ditenangkan oleh wakil rakyat lain.

Rakaman video berkenaan perang mulut yang berlaku antara kedua-dua wakil rakyat itu, menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia hari ini.

Ia ekoran perkataan ‘babi’ yang berkali-kali digunakan oleh Norhizam yang dipercayai sebagai serangan balasnya terhadap Low.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh warga net berhubung rakaman video yang viral itu.

Norhizam yang juga beberapa kali sebelum ini pernah menjadi perhatian umum berkenaan beberapa isu yang dikendalikan olehnya termasuklah berkenaan sistem pengurusan isu babi di negeri itu.

Norhizam melalui laman Facebook miliknya YB Norhizam Hassan Baktee walau bagaimanapun tampil memberikan penjelasan lanjut berhubung perang mulut itu.

Beliau mendakwa, perkataan babi yang berkali-kali dilontarnya adalah sebagai ‘serangan balas’ terhadap bekas rakan partinya yang didakwanya terdahulu menggunakan perkataan babi tersebut sebagai provokasi terhadapnya.

Tambahan pula menurutnya beliau seorang telah diserang oleh tujuh orang daripada wakil pembangkang, yang juga turut mencetuskan kemarahannya.

“Sejak masuk Dewan tu sebenarnya sudah kecoh, tetapi saya diam. Saya tak bising, saya tak marah, saya diam sahaja.

“Tetapi, apabila saya diprovok, saya dimaki hamun, dimakinya saya ni babi, dimakinya saya ni pengkhianat, dimakinya saya ini pengkhianat pintu belakang dan pelbagai lagi tomahan yang diberikan kepada saya.

“Ini yang menjadikan saya marah, apabila saya marah saya berkata kepada YB pembangkang tersebut.Siapa yang makan babi, siapa yang babi dan siapa yang makan babi.

“Saya kata kita ni kalau nak bercakap, kena tengoklah kita sudah pun makan babi, muka pun dah macam babi, jadi perangai pun jangan macam babilah.

“Itu yang saya katakan(nasihat). Itu yang (jadi) saya sebut bertalu-talu perkataan babi, babi , babi, kerana saya diserang oleh enam hingga tujuh orang daripada wakil pembangkang yang menyerang saya dan saya terpaksa mempertahankan diri saya.

“Mana mungkin saya nak berlawan dengan tujuh, jadi saya menghadap dengan satu sahajalah(berhadapan) yang YB pembangkang saya katakan babi tadi itu.
Saya terpaksa bercakap begitu, kerana saya sudah dibabikan dahulu,” jelasnya melalui video berdurasi 2 minit lebih yang dimuat naik di Facebook itu.

Tambah Norhizam, keadaan kecoh tersebut tidak dapat ditonton secara langsung daripada awal ekoran keadaan norma baharu yang sedang dilaksanakan ketika ini, siaran langsung Sidang DUN Melaka tidak dapat disiarkan.

Justeru menurutnya, orang awam, netizen terutamanya hanya melihat keratan rakaman yang tersebar itu tanpa mengikutinya daripada awal.

“Kalau dulu kita dapat tengok (Sidang DUN) secara langsung, kita bersidang secara langsung dari awal sampai habis maknanya sidang itu kita dapat tontoni sampai habis.

“Semua rakyat negeri Melaka akan dapat menonton. Tapi,apabila keadaan baru ini, memang tiada live(langsung). Kalau(lah) awak tengok daripada mulanya (sidang), saya ni.

“Bayangkan saudara, kalau saudara sendiri dibabikan apa perasaan (saudara), kita dilahirkan bukan untuk sibabikan oleh orang, kita dijadikan untuk menjadi manusia.

“Dan apabila saya sebagai wakil rakyat telah dibabikan, itulah jawapan yang paling tepat dan itulah kata-kata yang paling bagus saya katakan kepada YB-YB pembangkang ketika itu.” Tambahnya.

Kekecohan yang berlaku hampir setengah jam pada Sidang DUN Melaka itu menyebabkan Speaker, Datuk Omar Jaafar membuat keputusan untuk menangguhkan persidangan hingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat