Palestin Terima Sumbangan Peralatan Perubatan Dari Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia semalam telah menghantar sumbangan peralatan perubatan kepada Palestin melalui Jordan menggunakan pesawat khas AirAsia.

Menteri Luar Hishammuddin Hussein berkata sumbangan itu dilakukan susulan perbincangan antara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

“Peralatan ini termasuklah sejuta unit penutup hidung dan mulut, 500,000 unit sarung tangan getah dan 500 unit pelindung muka.

“Moga sumbangan dari Malaysia ini sedikit sebanyak membantu rakyat Palestin perangi #COVID19. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook rasmi beliau hari ini.

Sejumlah 20 rakyat Malaysia di Jordan dan 345 di Goa, India termasuk pelajar di USM Belgaum (Bangalore) dan MSU-IMS akan dibawa pulang menggunakan pesawat sama yang menghantar peralatan perubatan kepada Palestin.

Pesawat itu akan mengambil rakyat Malaysia di Jordan kemudian ke Goa sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam ini.

– Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat