MNIG Akan Memperkasakan Ekosistem Nanoteknologi Tempatan – Dr Adham Baba

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menubuhkan Kumpulan Industri Nanoteknologi Malaysia atau Malaysian Nanotechnology Industrial Group (MNIG) secara rasmi pada suku ketiga tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, MNIG akan berperanan sebagai platform kerjasama antara syarikat nanoteknologi dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta membantu penyelarasan antara syarikat dalam rantaian bekalan produk nanoteknologi.

“Ekosistem inovasi nanoteknologi tidak akan maju tanpa pembabitan sektor swasta dan industri terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mempelopori industri nanoteknologi di Malaysia.

“Sumbangan PKS dalam industri nanoteknologi berpotensi tinggi kepada ekonomi negara serta memberikan banyak faedah sosio-ekonomi kepada Keluarga Malaysia iaitu sebanyak 33,391 peluang pekerjaan”.

“Kini, produk nano di pasaran Malaysia sudah merekodkan melebihi 900 produk yang bernilai RM381.8 juta sehingga tahun 2020. Justeru itu, sesi libat urus yang membabitkan pemain industri industri nanoteknologi di Malaysia pada hari ini bertujuan untuk perkongsian dasar, pelan dan aktiviti industri nanoteknologi negara,” katanya.

Penubuhan MNIG mengambil kira cadangan dan keperluan industri termasuk mendapatkan pandangan daripada persatuan, selain disebabkan ketiadaan persatuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) nanoteknologi oleh industri pada masa ini, katanya.

“Selepas MNIG ini ditubuhkan, ia juga akan menjadi ahli dalam Jawatankuasa Penyelarasan Nanoteknologi Negara sebagai wakil industri nano tempatan sekaligus mendapatkan input daripada pihak persatuan.

“Penubuhan MNIG ini bakal merealisasikan hasrat negara untuk menjadi pemain industri nano di peringkat serantau yang dianjurkan oleh Pasaran Asia Pasifik iaitu USD2.671 trillion pada tahun 2025,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Sesi Libat Urus Industri Nano Tempatan bersama lebih 30 wakil industri nanoteknologi tempatan.

Dr. Adham berkata sesi libat urus berkenaan adalah langkah segera MOSTI dalam menyambut baik sokongan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap potensi bidang nanoteknologi ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sains Negara pada 8 April lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat