PRN Johor: Dewan Hotel Ditempah PN Masih ‘Sepi’

- Advertisement -

CYBERJAYA – Hotel Impiana, Senai – Dewan jamuan yang ditempah Perikatan Nasional (PN) sebagai pusat mengumumkan keputusan kiraan pengundian dan sidang media dilaporkan masih ‘sepi’ tanpa kehadiran mana-mana pemimpin parti.

Memetik laporan Malaysiakini, kecuali kehadiran beberapa pegawai parti dan petugas media yang bersiap sedia di tempat itu, tiada calon atau penyokong PN yang tiba setakat ini.

Skrin utama di dewan itu juga tidak menunjukkan sebarang kemas kini undian, manakala dua skrin sisi menunjukkan liputan langsung daripada Astro Awani, kata laporan itu lagi.

Beberapa pegawai parti berkata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin akan datang ke hotel itu kemudian dan dia mungkin mengadakan sidang media.

Untuk rekod sebelum ini Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, undi18 diyakini membantu PN memenangi PRN Johor.

“Ada (peluang menang), pasal apa tak ada, napa cakap macam tu.

“Undi anak muda semua pergi kepada PN,” katanya seperti dilaporkan MalaysiaGazette pada 1 Mac lalu.

Ketika ini, pengiraan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului di 41 kerusi DUN Johor dan dijangka membentuk kembali kerajaan negeri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat