Kerajaan akan susun semula agensi bertindih – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kabinet akan memutuskan penyeragaman agensi bertindih dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usul bagi menyeragamkan beberapa agensi kerajaan akan dibentang dan diputuskan pada mesyuarat Kabinet dalam tempoh terdekat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, usul itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam melaksanakan reformasi institusi yang harus dilaksanakan.

“Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Datuk Seri Asri Hamidon) sudah saya tugaskan untuk memberi beberapa usul bagi menyeragamkan beberapa agensi dan dibawa kepada Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar).

“Saya akan putuskan selepas dibentangkan ke mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa singkat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pada Rabu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat