Ratu Sedunia mengaku pewaris Kerajaan Langit, ada kuasa dapatkan harta pusaka di 17 negara

- Advertisement -

JAKARTA – Seorang wanita mencuri perhatian ramai selepas mengaku sebagai pewaris kerajaan langit.

Menerusi sebuah rakaman, individu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Ratu Sedunia’ itu turut memegang tongkat dan mengenakan baju berwarna hijau lumut bersama sejumlah pingat.

Klip dikongsi Fakta.Indo di Instagram pada Isnin menunjukkan wanita itu mendakwa dia mempunyai ‘kuasa’ untuk mendapatkan harta pusakanya di 17 negara.

“Saya merupakan pewaris kerajaan surya loka langit sebagai kerajaan mataram kuno. Poletra sudah dikembalikan kepada saya oleh paduka Raja Ngahiang, Raja Bumi, Raja Lautan,” katanya.

Ratu Sedunia itu turut mendedahkan harta pusaka diberikan puteranya, John F Kennedy pada 1957 berupa berlian seberat 57 kilogram.

“Ia adalah hadiah kepada ‘ibu pertiwi’,” jelasnya memetik laporan Sinar Harian.

Dia juga menzahirkan kekecewaan kerana warisan di Indonesia dikuasai sembilan ekor naga dan bukannya anak peribumi.

Wanita itu juga dengan berani mengkritik dasar ekonomi Indonesia dan mendakwa bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan Joko Widodo atau Jokowi tidak mematuhi peraturan antarabangsa berkaitan percetakan wang.

Pada akhir rakaman itu, Ratu Sedunia memberitahu, dia memilih untuk pulang ke tanah air setelah menyelesaikan urusan di beberapa negara lain.

“Masih ada misi yang perlu dilaksanakan. Saya tidak mahu mengkhianati anak cucu saya terutamanya di Indonesia,” katanya.

Asal-usul sebenar Ratu Sedunia itu masih tidak diketahui, namun klip videonya telah menerima pelbagai reaksi warganet. – Agensi

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat