Dua Individu Ditahan, Bawa Senjata Ke Pulau Besar Untuk Video Tik Tok

- Advertisement -

MELAKA – Padah membawa bersama pelbagai jenis senjata termasuk keris ke Pulau Besar, di sini, dua rakan termasuk seorang wanita ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, lelaki dan wanita terbabit masing-masing berusia 41 dan 45 tahun ditahan kira-kira 11 pagi oleh pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, semasa pasukan pemantau melakukan penugasan di Pulau Besar mendapati terdapat sekumpulan lima individu sedang berkumpul sebelum menghampiri untuk menjalankan pemeriksaan.

“Pasukan pemantauan kemudian menahan lima individu termasuk dua wanita dan pemeriksaan lanjut kemudian menjumpai sebilah pedang, dua bilah parang serta lima keris.

“Susulan itu, polis kemudian menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang juga pemilik kepada kesemua senjata terbabit manakala tiga lagi individu kemudian dibebaskan sejurus selesai dokumentasi,” katanya.

Menurut beliau, hasil soal siasat mendapati mereka ini ada terbabit dengan ilmu persilatan dan mendakwa memilih Pulau Besar sebagai lokasi untuk membuat video.

“Difahamkan, kedua-dua mereka mempunyai sijil persilatan dan mendakwa senjata itu dibawa bersama mereka ke Pulau Besar untuk membuat video dan dimuat naik ke TikTok,” katanya.

Mengulas lanjut, Christopher berkata, kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berjadual 1958.

“Sebarang senjata yang tersenarai dibawah Jadual Kedua Akta diatas adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa ke tempat awam tanpa sebarang kebenaran,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat