Tiada Masalah Main Futsal Tutup Aurat, Ikut Syariat – Naavin Krishnen

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kejohanan Futsal Piala Menteri sempena Bulan Dakwah 2.0 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak hanya disertai peserta beragama Islam malah turut menarik penyertaan pasukan futsal yang dibarisi pemain bukan Islam.

Pasukan Hyperrich dari Petaling Jaya adalah antara 23 pasukan futsal yang menyertai kejohanan anjuran YADIM di Kuala Lumpur, hari ini.

“Apabila diberitahu untuk sertai kejohanan ini perlu tutup aurat, kami tiada masalah.

“Kami juga faham peserta Muslim perlu berhenti untuk tunaikan solat, ini juga kesempatan untuk yang lain berehat, ia baik untuk semua,” kata Naavin Krishnan, Kapten pasukan Hyperrich, juara kejohanan tersebut.

Naavin berkata, syarat syarat pertandingan dianjurkan YADIM itu sebenarnya mempromosikan keharmonian antara kaum di negara ini, apabila ia menyelitkan unsur bertolak ansur antara satu sama lain.

“Kami sebenarnya rancang untuk hantar pasukan veteran juga, namun atas beberapa sebab mereka tak dapat sertai pada saat akhir,” jelasnya.

Kejohanan futsal pertama kali seumpamanya ini turut disertai pasukan dari agensi kerajaan, institusi tahfiz dan sebagainya.

Selain futsal, turut dianjurkan ialah acara memanah dan bowling

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat