Pesakit Covid-19 Kategori 3, 4, 5 Catat Bawah 100 Kes Sejak Minggu Lalu – KP Kesihatan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pesakit Covid-19 kategori tiga, empat dan lima terus menunjukkan jumlah minima yang konsisten apabila mencatatkan kes di bawah 100 sejak minggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seperti hari ini, daripada 4,626 kes positif yang dilaporkan, hanya 95 kes (2.1 peratus) adalah kategori tiga ke atas manakala 4,531 kes (97.9 peratus) lagi adalah kategori satu dan dua.

“Semalam pula, 80 kes; 88 kes (Khamis), 87 kes (Rabu), 96 kes (Selasa), 78 kes (Isnin), 75 kes (Ahad), 79 kes (Sabtu) dan 78 kes (Jumaat).

“Bagi kes sembuh hari ini, sebanyak 4,690 kes direkodkan berbanding semalam, 4,997 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 396 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 211 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Sebanyak enam kluster baharu dikesan manakala semalam, tujuh kluster.

“Malaysia kini merekodkan jumlah keseluruhan kluster sebanyak 6,035 kluster; manakala jumlah kluster yang telah tamat ialah 5,785 kluster dan jumlah kluster aktif pula, 250 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 44 kes berbanding kelmarin, 66 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,831 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 10 daripada 44 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,236 kes. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat