Ismail Sabri gesa hapuskan kuasa veto bagi selesaikan konflik Palestin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembunuhan kejam dan besar-besaran yang berlaku di Palestin hanya akan dapat diselesaikan jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghapuskan kuasa veto khususnya melibatkan Amerika Syarikat (AS).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini terbukti apabila Israel ternyata bergantung disebalik AS untuk ‘menghalalkan’ kezaliman rejim Aparteid Zionis.

Berliau berkata, malah tindakan 120 buah negara yang menggesa supaya gencatan senjata dilakukan segera dan berterusan pada Sidang Khas tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya sia-sia kerana dihalang oleh kuasa veto AS.

“Sejak 1945 sehingga hari ini, sebanyak 34 resolusi Majlis Keselamatan PBB berkaitan Palestin dan Israel telah dihalang oleh AS dengan menggunakan kuasa veto bagi melindungi Zionis.

“Maka sekali lagi saya menggesa supaya kuasa veto dihapuskan demi keamanan sejagat.

“Ketika mewakili Malaysia berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77, saya menegaskan kuasa veto perlu dihapuskan agar tidak disalahgunakan oleh mana-mana negara untuk memihak kepada kuasa dunia yang memilikinya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam tulisannya yang disiarkan Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ismail Sabri turut menegaskan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Gaza bukanlah perang atau konflik antara agama.

“Buktinya gereja ketiga tertua di dunia, gereja Saint Porpyrius di Gaza yang dianggap suci oleh penganut Kristian turut musnah dibedil.

“Sokongan kepada Palestin ialah demi kemanusiaan dan keadilan.

“Justeru, kita di Malaysia tidak perlu berpecah dalam perkara ini kerana sudah jelas bahawa ini adalah penjajahan yang paling kejam,” katanya.

Beliau meminta semua pihak supaya tidak terpengaruh dengan propaganda media barat bahawa episod hitam sedang berlaku ini berpunca daripada Hamas.

Tambahnya, kekejaman dan kezaliman ke atas penduduk Palestin ini adalah rentetan daripada malapetaka atau ‘nakbah’ selepas Zionis menawan Palestin pada tahun 1948.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat