Iltizam kerajaan perkukuh keterjaminan makanan menerusi program berimpak tinggi HPNNK 2023

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) secara dwi-tahunan merupakan perantara bagi Peladang, Penternak dan Nelayan untuk mendapatkan pendedahan baharu, mengembangkan jaringan kerjasama serta membuka peluang strategik kepada potensi perniagaan sepanjang sambutan ini berlangsung.

HPPNK juga merupakan acara tradisi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan sehingga kini, sebanyak 48 kali sambutan HPPNK telah diadakan.

Tema “Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan” telah dipilih sebagai tema bagi HPPNK 2023.

“Ini bertepatan dengan aspirasi sambutan yang memberi tumpuan kepada aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi sektor pertanian yang selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021–2030 (DAN 2.0).

“Konsep baharu HPPNK 2023 memberikan daya tarikan khusus untuk golongan muda dengan memberi penekanan kepada empat (4) fokus utama antaranya Agro Millenia bertujuan menggalak dan mengekalkan penglibatan golongan muda dalam bidang pertanian.

“Tarikan utama di segmen ini ialah peluang pekerjaan dan pendidikan dalam sektor pertanian, perkongsian kisah kejayaan anak muda dan aktiviti e-sukan (esports).

“Fokus kedua adalah Agro Teknologi, Inovasi dan Modenisasi berkonsepkan daya cipta yang menawarkan kecanggihan agro teknologi dan inovasi pertanian, penternakan, perikanan, internet pelbagai benda (IoT) dan kelestarian pertanian termasuklah segmen berkenaan perubahan iklim dan pembaziran makanan,” kata KPKM menerusi satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Fokus Sejahtera MADANI pula menawarkan enam segmen utama seperti program Townhall Healing bersama warga Agro Madani, PeladangNita dan aktiviti kekeluargaan.

“Fokus terakhir adalah Agro MADANI. Program ini meraikan para pengunjung dengan pelbagai produk jualan pertanian menerusi Jualan Agro MADANI, Empayar Makanan, produk pertanian dan industri asas tani, buah-buahan serta florikultur.

“Kementerian menerusi Jabatan dan Agensi dibawahnya komited dan sentiasa beriltizam untuk memperkukuhkan keterjaminan makanan negara melalui program berimpak tinggi seperti HPPNK, selain menyediakan pelbagai tawaran insentif dan inisiatif khusus kepada peladang, penternak dan nelayan,” kata kenyataan itu lagi.

Sambutan HPPNK 2023 ini diadakan di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari in.

“Kehadiran Timbalan Perdana Menteri adalah bukti kepada iltizam Kerajaan Perpaduan untuk menghargai jasa dan sumbangan peladang, penternak dan nelayan yang disifatkan sebagai wira tani dalam memastikan bekalan makanan negara sentiasa cukup dan terjamin.

“Kementerian juga berharap sepanjang tiga (3) hari sambutan ini, para pengunjung dapat menikmati sendiri pengalaman pertanian secara praktikal seperti simulasi combine harvester simulation yang memberi ruang dan peluang untuk merasai suasana sebenar mengendalikan jentuai padi semasa proses penuaian di lapangan.

“Di samping itu, pengunjung juga boleh melihat dengan lebih dekat baka ternakan seperti lembu hibrid terbaik, baka kambing dan ayam saga.

“Selain itu tarikan khusus kepada anak-anak muda bagi menggalak mereka menceburi bidang pertanian, banyak teknologi yang dipamerkan antaranya dron, prototaip teknologi kejuruteraan pertanian untuk sistem pertanian pintar serta model sistem pengairan dan saliran pertanian, Recirculating Aquaculture System (RAS), asuhan ikan marin (Ikan Kerapu dan Siakap) dan pelbagai inovasi teknologi perikanan yang lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat