Badan berkanun akan diperkukuh, elak wang awam tiris berulang – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) bersetuju memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan, penggubalan ini akan mencakupi perkara-perkara berkaitan pinjaman, pelaburan, penubuhan anak-anak syarikat dan lain-lain perkara bagi tujuan diputuskan di Kementerian Kewangan.

“Kerajaan memandang serius isu kelemahan tatakelola dalam pengurusan Entiti Berkepentingan Kerajaan yang menyebabkan ketirisan wang awam, salah guna kuasa dan menjejaskan imej negara.

“Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya pelanggaran tatakelola baik yang pernah berlaku ke atas entiti-entiti berkepentingan kerajaan sebelum ini tidak berulang lagi,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Selain itu, mesyuarat pada hari ini juga telah mendengar pembentangan daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung isu kematian dalam lokap dan langkah pencegahan yang dicadangkan.

Justeru katanya, mesyuarat bersetuju supaya satu pasukan petugas khas ditubuhkan oleh EAIC bagi pelaksanaan syor-syor Jawatankuasa Kajian Terhadap Kes Kematian Dalam Tahanan Dan Mengenal Pasti Cadangan Langkah Pencegahan berhubung aspek penambahbaikan perundangan, Prosedur Operasi Standard (SOP) dan infrastruktur untuk diteliti oleh entiti kawal selia masing-masing.

“Serta dilaksanakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan di bawah bidang kuasa masing-masing bagi memastikan isu hak asasi manusia terpelihara selaras dengan prinsip tatakelola baik negara,” kata PMO lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat