Takiyuddin positif COVID-19, Wan Junaidi beritahu Parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga dan Sumber Asli , Datuk Seri Takiyuddin Hassan positif COVID-19 dan perkara itu disahkan Menteri Undang-undang Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi memberitahu Dewan Rakyat pada Khamis sewaktu beliau mewakili ahli Parlimen Kota Bharu itu pada sesi pertanyan lisan bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) mengenai harimau Malaya.

“Saya mewakili menteri (Takiyuddin) oleh kerana menteri masih terkena penyakit COVID-19, saya dimaklumkan bahawa saya ambil alih tugasan untuk menjawab perkara yang amat penting ini pada pagi ini,” katanya di Dewan Rakyat.

Pada sesi pertanyaan lisan itu, Che Alias bertanya mengenai usaha kementerian memastikan harimau Malaya yang menjadi spesies ikonik negara tidak akan pupus.

Dilaporkan pada pertengahan September lalu Takiyuddin menjalani kuarantin kerana kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat