PRN Sarawak libatkan kos RM150 juta – Wan Junaidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal dijalankan tidak lama lagi akan menelan belanja RM150 juta,” dedah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Kata beliau, kos sebanyak itu termasuk perolehan peralatan pilihan raya, pembangunan ICT, logistik dan elaun pekerja pilihan raya.

“(Kos ini) merangkumi perolehan peralatan pilihan raya, pembangunan ICT, logistik, elaun petugas dan keperluan-keperluan lain yang berkaitan termasuk keperluan peralatan COVID-19 dan mengambil kira pelaksanaannya mengikut garis panduan pencegahan COVID-19 bagi pelaksanaan pilihan raya,” katanya pada jawapan pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Wan Junaidi menjawab soalan Wong Ling Biu (PH- Sarikei) yang meminta kerajaan mendedahkan jumlah peruntukan untuk pilihan raya Sarawak akan datang.

Pengundi dijangka memilih pada bulan depan kerana DUN dibubarkan selepas Yang di-Pertuan Agong menarik balik darurat tempatan di Sarawak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat