Jho Low tak ada kuasa buat keputusan tapi bawa mandat Najib – saksi ke-12

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan ke-12 dalam perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low adalah orang kanan dan membawa mandat Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azmi Tahir, 48, yang merupakan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB turut menyatakan ketara peranan Jho Low atau nama sebenarnya, Low Taek Jho adalah sebagai penasihat kepada Najib yang merupakan Perdana Menteri ketika itu.

“Pada saya, peranan Jho Low amatlah ketara sebagai penasihat kepada Najib dan juga boleh dikatakan Jho Low ini adalah orang kanan kepada Najib dan orang yang dipercayai Najib dalam urusan 1MDB ini.

“Kesemua arahan yang dibuat Jho Low adalah konsisten dengan tindakan Najib selepas itu kerana ia akan diluluskan oleh Najib.

“Jho Low tiada kuasa untuk membuat keputusan dalam 1MDB tetapi Jho Low adalah individu penting yang membawa mandat PM,” katanya memetik Utusan Malaysia pada Khamis.

Azmi berkata demikian ketika memberikan keterangan buat kali pertama di mahkamah hari ini pada perbicaraan kes Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan yang didakwa atas 25 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan serta penyelewengan dana berjumlah RM2.28 bilion di Mahkamah Tinggi.

Ketika membaca pernyataan saksinya, Azmi turut menyatakan surat di antara 1MDB dengan Good Star Limited adalah palsu kerana dia sebagai CFO tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kepada syarikat itu.

Tambahnya, Terence Geh Choh Heng yang ketika itu memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif 1MDB juga tidak mempunyai kuasa untuk menandatangi surat itu kerana lelaki tersebut hanyalah pembantunya.

“Sepanjang saya menjadi CFO kepada 1MDB, tiada sebarang rekod yang menunjukkan 1MDB menerima sebarang pembayaran daripada Good Star dan tiada sebarang rekos menunjukkan Good Star berhutang dengan 1MDB,”katanya.

Pada prosiding terdahulu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi dalam keterangannya menyatakan 1MDB telah membuat pembayaran sebanyak AS$700 juta ke akaun Good Star Limited yang dimiliki Jho Low.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat