Sekolah Dalam Kawasan PKPB Tidak Sempat Laksana Percubaan SPM – KPM

Nadma Sedia Aktifkan Semula Fasiliti Di MAEPS

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedia mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS),...

Polis Akan Mohon Lanjutkan Perintah Reman Terhadap Pendakwah Muda

KUALA LUMPUR - Polis akan memohon pelanjutan tahanan reman terhadap seorang pendakwah muda yang juga selebriti televisyen kerana disyaki melakukan jenayah seksual dan menyebabkan...

Wisma Putra Komited Bantu Perkukuh Industri Sawit – Hishammuddin

CYBERJAYA - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berjanji akan memastikan Wisma Putra terus membantu kementerian berkaitan dalam usaha memperkukuhkan industri...

Azmin Bercita-Cita Nak Jadi PM – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan hujah balas menyangkal dakwaan Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk...

KKM Jangka Terima Laporan Kajian Klinikal Vaksin Covid-19 Minggu Depan

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka menerima laporan pertama kajian klinikal fasa ketiga vaksin COVID-19 minggu depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr...

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,350 sekolah telah menghabiskan silibus tingkatan lima namun terdapat sekolah yang tidak dapat melaksanakan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana berada di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata 85 peratus atau 2,004 buah sekolah telah melaksanakan peperiksaan percubaan manakala bakinya iaitu 346 sekolah seperti di Sabah dan Selangor masih belum melaksanakannya.

“Sekolah-sekolah (ini) telah habiskan silibus tahun ini cuma tidak dapat laksanakan peperiksaan percubaan kerana berada di kawasan PKPB lebih awal,” katanya dalam taklimat media di Kementerian Pendidikan, di sini hari ini.

Habibah berkata sekolah-sekolah yang tidak sempat melaksanakan peperiksaan percubaan SPM diminta berbuat demikian apabila sesi persekolahan secara bersemuka bermula pada 20 Jan 2021.

“Peperiksaan percubaan ini ialah untuk mengukur tahap sebenar pelajar dan hasil dapatan ini akan digunakan oleh guru-guru untuk membantu pelajar,” katanya.

Habibah berkata pihaknya akan menganalisis keputusan peperiksaan percubaan SPM bagi membolehkan kementerian merangka strategi untuk membantu meningkatkan prestasi pelajar.

“Hasil peperiksaan percubaan SPM, kita lihat apa mata pelajaran yang terkesan dan lihat apa yang boleh dilakukan untuk membantu murid,” katanya, menambah sesi dialog prestasi akan dilakukan dengan Jabatan Pelajaran negeri penghujung bulan ini

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin sebelum ini mengumumkan peperiksaan SPM 2020 dipinda ke 22 Feb 2021. Jumlah calon yang berdaftar untuk menduduki SPM 2020 ialah seramai 400,445 pelajar.

Habibah dalam pada itu berkata penjadualan peperiksaan SPM 2020 tidak akan menjejaskan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi.

“Kemasukan ke universiti adalah bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan kita telah ambil kira tempoh peperiksaan (SPM) dengan tempoh kemasukan ke universiti,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan