Young Syefura Serah Kepada Polis Tentukan Tindakan

- Advertisement -

SEPANG: “Malam ini (tadi), saya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi memberi keterangan susulan laporan polis dibuat terhadap saya kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP),” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman.

Menurutnya, dia hadir ditemani peguam, Syahredzan Johan bagi memberi keterangan kepada polis susulan dakwaan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, beliau memberi kerjasama penuh kepada polis sepanjang memberi keterangan.

“Saya serahkan kepada polis dan pendakwa raya dalam menentukan tindakan undang -undang akan dikenakan terhadap diri saya.

“Harap tindakan itu adil dan saksama tanpa layanan berbeza-beza walaupun saya seorang wakil rakyat.

“Saya merasa kesal dan memohon maaf atas apa yang berlaku,” katanya menerusi ciapan di Twiternya.

Terdahulu media melaporkan, Adun dari Pahang itu dilihat tiba di IPD Sepang pada 9.15 malam tadi dengan ditemani lima rakan terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki.

Kehadiran wakil rakyat itu bagi memberi keterangan susulan gambar percutiannya bersama rakan di Avani Sepang Gold Coast Resort, Bagan Lalang tular di media sosial dan mengundang kecaman kerana tidak mengamalkan SOP PKPB.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat