Rela Jadi Karung Tinju

- Advertisement -

TOKYO: Merelakan badan menjadi karung tinju sebagai tempat pekerja melepaskan tekanan menjadi antara pekerjaan popular di Jepun.

Ia juga memberi pendapatan lumayan buat bekas petinju kickboxing, Akira Hareruya, 50.

Lelaki ini mengenakan bayaran 1,000 yen atau RM39 bagi tempoh seminit, untuk setiap orang yang mahu ‘memukulnya’.

Tribun News melaporkan, Akira yang bersara daripada gelanggang tinju terpaksa mengambil inisiatif itu selepas dibebani hutang 200 juta yen (RM7.8 juta).

Trend terbaru di Jepun itu dinamakan Nagurareya iaitu aktiviti yang membolehkan pelanggan dengan bebas memukul seseorang untuk menghilangkan tekanan.

Aktiviti itu popular sejak 10 tahun lalu terutama di daerah Kabukicho, Shinjuku di sini.

Akira adalah pengasas idea itu, tetapi beliau memakai pelindung diri ketika ‘dibelasah’ pelanggannya.

Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada wanita yang bekerja di pejabat dan mengalami tekanan di tempat kerja.

Pendapatan agak lumayan itu menyebabkan ramai petinju lain mengikut jejak langkah lelaki ini untuk menjadi ‘karung tinju manusia’.

Dalam sehari, Akira menerima 40 pelanggan dengan pendapatan kira-kira 40,000 yen (atau RM1,569) sehari.

Bagaimanapun, individu terbabit terpaksa berlakon menjadi ‘orang bodoh’ dengan merelakan diri dipukul pelanggan.

“Ibaratnya kita mesti menjadi orang bodoh yang membolehkan lawan memukul kita,” katanya.

“Ia sehingga pihak lawan puas kerana dapat membelasah kita,” kata seorang petinju Jepun, Inoue – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat