Puad Bidas Hipokrasi Lim Kit Siang

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi membidas veteran DAP, Lim Kit Siang atas sikap hipokrasinya berkaitan jumlah peruntukan Belanjawan 2021 terhadap JASA yang diumum oleh Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2021 baru-baru ini.

Menurutnya, apa yang berlaku sekarang ialah kebanyakkan rakyat tidak berpuas hati dengan jumlah peruntukan tersebut yang terlalu tinggi ketika negara sedang menghadapi pandemik Covid-19, dan dikalangan rakyat ramai yang terkesan akibat pandemik tersebut.

“Rakyat bising kerana peruntukan JASA RM85.5 juta terlalu besar,

“Lain pula dengan Lim Kit Siang, dia tidak mahu JASA dihidupkan semula,” sindir Puad.

Katanya, DAP memang JASAFobia, itu sebab selepas mereka mengambil alih kerajaan persekutuan pada 2018 lepas, DAP telah menutup agensi JASA sehingga mengakibatkan 782 orang hilang pekerjaan.

Bidasnya lagi, DAP tidak perlulah hipokrit kononnya Belanjawan 2021 gagal menyediakan peluang pekerjaan sedangkan DAP punca rakyat hilang pekerjaan sebenarnya.

selain itu katanya lagi, ketika pemerintah Pakatan Harapan (PH), DAP telah menuntut jawatan Menteri KKMM ( kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk mereka segala komunikasi strategik untuk memudahkan mereka menyampaikan propaganda kepada rakyat.

“DAP tahu KKMM adalah Kementerian yang menguasai komunikasi strategik (Stratcom),

“Menguasi KKMM bermakna DAP mengusai kementerian propaganda, menutup JASA hanyalah helah kerana KKMM masa ada Jabatan Penerangan (JAPEN), BERNAMA, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),

“jangan hipokrit!” tegasnya. -SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat