“Jangan Pinggirkan Kumpulan M40, Dengar Rintihan Mereka” -Puteri UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pergerakan Puteri UMNO Malaysia meminta kerajaan tidak meminggirkan kumpulan M40 dari segi bantuan ketika pandemik Covid-19 dan kegawatan ekonomi yang semakin membimbangkan.

Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarikh Khan berkata, Kumpulan B40, M40 dan T20 semuanya merintih dengan keadaan apa yang belaku sekarang. Menurutnya, 70 peratus daripada mereka terdiri kategori Bumiputera dan mereka terdiri daripada 40 petatus daripada isi rumah di Malaysia.

“Saya mendengar banyak pandangan dan rintihan daripada latar belakang terdiri daripada B40, M40 dan T20.

“Kumpulan M40 adalah kategori rakyat yang berpendapatan isi rumah diantara RM4,500 hingga RM10,500 sebulan

“Bagi saya mereka lah (M40) kumpulan yang telah dianak tirikan oleh kerajaan. Segala bantuan yang kerajaan sediakan adalah untuk kumpulan B40 dan mereka (M40) tidak diambil kira atau terlepas pandang,” kata beliau dilaman facebooknya, sebentar tadi.

Disamping itu jelas beliau, purata kategori M40 ini membawa balik pendapatan sebanyak RM6,500 sebulan seisi rumah yang mempunyai kadar penghuni seramai 4-5 orang. Adakah pendapatan purata RM1,300 seorang itu kaya atau dikategorikan sebagai kelas pertengahan jika mereka tinggal di Kuala Lumpur?

Dalam pada itu tegasnya lagi, dengan pandemik Covid 19 yang bermaharajalela sekarang ini dan melibatkan seluruh rakyat, ditambah dengan kesan PKPB keseluruh negeri (kecuali 3 negeri), saya bimbang ramai dikalangan M40 ini telah jatuh kepada kategori B40.

“Dengan pendapatan purata RM6,500 sebulan, mereka juga telah termasuk didalam kategori pembayar-pembayar cukai pendapatan kepada kerajaan.

“Yang menyedihkannya, pengorbanan ini seakan tidak diambil kira didalam pembentangan Bajet 2021 pada Jumaat lepas.

“Segala insentif dan pertolongan yang diumum oleh kerajaan adalah untuk mereka di dalam kategori B40,” tegasnya.

Beliau mempersoal kenapa kadar pembayaran cukai pendapatan langsung tidak disentuh, kebanyakkan perbelanjaan terbanyak mereka adalah untuk pembiayaan kereta dan rumah.

“Lanjutan kepada Moratorium pembayaran balik untuk sewa beli kereta dan ansuran bulanan rumah tidak ditawarkan kepada semua didalam bajet 2021 tersebut.

“Kumpulan M40 ini telah menjadi lebih teruk dengan komitmen mereka. Malah lebih menyedihkan, ada yang telah menjadi lebih teruk kedudukan mereka berbanding B40.

“Jadi, apakah langkah kerajaan untuk menangani masalah ini?” soalnya lagi.

Beliau berharap kisah yang  tular seperti saudara Azrin Mohamad Zawawi bekas Juruterbang yang terpaksa berniaga selepas hilang kerjaya dan punca pendapatan tidak terjadi kepada kumpulan M40 ini. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat