Peruntukan SPR naik, beri bayang PRU16 tahun depan – Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR – Peningkatan peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam Belanjawan 2027 menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan pilihan raya diadakan tahun depan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa belanjawan itu sarat dengan pengumuman berbentuk ‘gula-gula’, susulan peningkatan perbelanjaan mengurus kerajaan sebanyak 11.41 peratus berbanding tahun ini.

Beliau berkata, peningkatan peruntukan kepada SPR turut menjadi antara perkara yang ditelitinya ketika membahaskan belanjawan berkenaan.

Katanya, perkembangan itu menimbulkan kemungkinan pilihan raya diadakan tahun depan atau selepas belanjawan berkenaan diluluskan.

“Jadi kita fahamlah, sebab itu saya rasa bahawa belanjawan atau bajet pada tahun ini hanyalah diberikan banyak manis-manis yang telah diumumkan.

“Kita fahamlah tu, tahun depan pilihan raya mungkin. Tuan Yang Dipertua, atau selepas selepas bajet ini, itu pun kalau diluluskan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Isnin lapor Utusan.

Hamzah berkata demikian ketika membangkitkan peningkatan perbelanjaan mengurus kerajaan dan peruntukan kepada SPR dalam belanjawan berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat