Saya bukan nak jadi hero, itu strategi ekonomi – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syarat cadangan pengeluaran KWSP RM10,000 dan lanjutan moratarium pinjaman yang diletakkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kerajaan bukanlah sekadar permainan populis yang menonjolkan beliau sebagai hero namun, ia merupakan strategi ekonomi.

Bekas Perdana Menteri itu tegas menyatakan langkah pengeluaran KWSP RM10k dan lanjutan moratorium adalah langkah untuk menambah ke dalam kitaran ekonomi kita demi merancakkan ekonomi ktia tanpa memberi impak kepada saiz bajet dan defisit negara disamping memberi sedikit ruang kelegaan kepada mereka yang paling terdesak.

“Ada yang tuduh cadangan KWSP RM10k dan lanjutan moratorium pinjam cuma sekadar permainan populis saya supaya saya nampak macam hero.

“Ok. Kepada mereka, saya ada satu soalan paling simple. Soalan, jika bajet 2019 sebanyak RM314.5 bilion tidak dapat selamatkan ekonomi pada tahun tiada krisis Covid, bagaimana pula bajet 2021 sebanyak RM322.5 bilion (RM8 bilion atau cuma 2.5% lebih tinggi) mampu menyelamatkan negara semasa krisis Covid melanda seluruh negara dan dunia?

“Jawab soalan itu sahaja,” bidas Najib dalam catatan Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata, cadangan ini bukan populis sebaliknya ia adalah strategi ekonomi.

Hari ini media melaporkan, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan ‘sokongan bersyarat’ BN terhadap Belanjawan 2021 yang dinyatakan oleh Najib semalam ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang.

Ahmad Fadli juga berpendapat, amat janggal untuk ahli parlimen Pekan mengenakan sokongan bersyarat seperti itu.

“Sedikit berbeza dengan ahli parlimen lain, saya rasa meletakkan syarat sokongan supaya kerajaan meluluskan pengeluaran kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) Akaun 1 dan lanjutan automatik moratorium agak janggal kerana ia tiada keperluan dalam Belanjawan 2021 ini.

“Saya rasa ia seperti (hikayat) Puteri Gunung Ledang yang meminta Sultan Melaka membuat jambatan, hidangan nyamuk sekian sekian namun bukan bertujuan untuk terima pinangan tetapi petanda untuk tolak pinangan itu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat