Kertas Pandora : Anwar soal mengapa Speaker main peranan peguam?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdebatan isu Kertas Pandora terus menjadi modal pembangkang menuntut penjelasan terperinci daripada kerajaan.

Pun begitu, hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai sikap dan pendirian Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang disifatkannya memainkan peranan sebagai peguam berhubung kebocoran data Kertas Pandora berkenaan.

Terdahulu Anwar selepas rayuan usul terbaharunya yang mendesak Kertas Pandora dibahaskan di Dewan Rakyat ditolak oleh Azhar.

Namun, dalam jawapan balas tindakan beliau menolak usul itu, Azhar berkata, Kertas Pandora bukan mengenai pengeluaran duit dari dalam negara ke luar pesisir tetapi pendedahan pegangan saham di syarikat luar pesisir yang mana ia dua perkara berbeza.

“Semakan saya, sesetengah saham menurut kenyataan di luar sana, nilainya hanya kecil bukan bernilai berbilion di mana hanya sekadar lima pound sahaja, kalau tak silap saya,” katanya kepada Anwar.

Anwar (PH-Port Dickson) kemudian tetap mempertahankan tindakannya untuk membawa Kertas Pandora itu supaya dibahaskan di Parlimen.

“Mengapa Speaker nak jadi peguam kepada perasuah-perasuah ini? Kenapa? Saya ada dokumen, dan bagaimana seorang menteri boleh simpan saham di sana begitu banyak…(wang) ini dari mana dari langit? Itu bermakna dari sini…wang yang dibawa keluar, ratusan berbilion, saya tak faham kenapa nak jadi peguam bagi orang-orang ini.

“Kalau betul hanya lima pound bahas la di sini. Sumber saya bukan sekadar di media, sumber saya lebih dari itu sebab itu saya nak bawa perkara ini ke Parlimen untuk dibahaskan,” katanya dan menambah ia bukan untuk menghukum tetapi mahu rakyat mengetahui sumber sebenar dana berkenaan.

Anwar berkata, walaupun individu berkenaan mempunyai akaun di luar pesisir negara, tidak bermakna mereka boleh menyimpan begitu banyak wang.

Azhar kemudian menjawab: “Saya tidak mahu menjadi peguam bagi mereka, saya hanya betulkan fakta. Anda beritahu beratus bilion tetapi Kertas Pandora bukan mengenai aliran keluar wang tunai.”

Sebelum itu, beliau menolak usul terbaru Anwar dengan alasan Ketua Pembangkang itu menggunakan Aturan Mesyuarat yang salah, sambil menegaskan keputusan menolak usul itu adalah muktamad.

Namun, Azhar berkata, Anwar masih boleh mengemukakan semakan keputusan berdasarkan Peraturan 43 Aturan Mesyuarat yang menyatakan bahawa keputusan Speaker hanya dapat dikaji berdasarkan “usul substantif yang dibuat untuk tujuan itu”.

Pada 4 Oktober, Anwar yang juga Presiden PKR mengemukakan usul supaya Dewan Rakyat segera membahaskan pendedahan Kertas Pandora berhubung transaksi kewangan yang menyalahi undang-undang negara melibatkan beberapa nama besar.

Bagaimanapun, Azhar menolak usul itu atas tidak perlu disegerakan sehingga memaksa persidangan itu mengetepikan urusan-urusan yang telah ditetapkan aturan urusan mesyuarat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat