Lagi RM 45 bilion ditambah bantuan COVID-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini membentangkan pindaan Rang Undang-undang (RUU) COVID-19 bagi meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM45 bilion daripada RM65 bilion menjadi RM110 bilion.

RUU Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2021 bertujuan bagi meningkatkan had hutang berkanun kerajaan persekutuan dari 60 peratus menjadi 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, peruntukan tambahan itu sangat penting untuk pemulihan perniagaan, kesihatan dan ekonomi.

Ini untuk memastikan keluarga yang memerlukan akan mendapat bantuan, katanya kepada Dewan Rakyat ketika membentangkan RUU tersebut.

Sejak pandemik Covid-19 mula melanda negara, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM530 bilion menerusi pelbagai pakej rangsangan termasuk fiskal dan bukan fiskal.

Bagaimanapun, Zafrul mengakui “masih ada ruang untuk diperbaiki”.

Dengan tambahan perbelanjaan sebanyak RM45 bilion itu, Zafrul berkata, ia merangkumi pelbagai inisiatif termasuk memperkukuhkan sistem kesihatan akibat Covid-19 dan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta perniagaan mikro.

“Ini termasuklah subsidi gaji dan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Jika RUU ini tidak diluluskan, rakyat akan menderita.

“Cabaran untuk pemulihan kesihatan dan ekonomi tetap ada walaupun terdapat pelbagai bantuan, justeru, hutang berkanun amat diperlukan bagi tahun ini dan tahun hadapan untuk pemulihan ekonomi yang berterusan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat