PBT Digesa Tarik Lesen Pub, Pusat Hiburan Langgar PKPP

- Advertisement -

PETALING JAYA – Pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah supaya bertindak lebih tegas, termasuk menarik lesen dan menutup premis, terhadap pusat hiburan yang beroperasi semasa perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan mendapati ramai nampaknya masih melakukan kesalahan berkaitan pusat hiburan, walaupun bar, kelab malam, dan sebagainya masih tidak dibenarkan.

“Mana-mana tempat yang masih menganjurkan aktiviti hiburan ini sepatutnya lesen-lesen mereka ditarik balik dan perniagaan mereka ditutup. Kita harapkan tindakan lebih tegas daripada pihak PBT,” katanya pada sidang media hari ini.

Ismail turut memaklumkan pihak polis semalam menahan 674 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu, individu yang melakukan kesalahan berkaitan pusat hiburan paling tinggi, iaitu sebanyak 325 orang.

Selain itu kesalahan gagal memakai pelitup muka juga mencatatkan kes harian tinggi.

“SOP yang kita anggap asas masih tidak dipatuhi individu tertentu,” katanya.

Sebanyak 561 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, dengan Sabah melaporkan angka tertinggi. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat