Ismail Lasim tampak sugul selepas dua jam bertemu Zahid

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dilihat meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dalam keadaan sugul selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi.

Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu dipercayai bagi membolehkan Ismail memberikan penjelasan berhubung kontroversi Surat Cara Proklamasi berkaitan penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Sebelum itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan mendapatkan penjelasan penuh daripada Ismail berhubung dakwaan bahawa Menteri Besar berkenaan menandatangani Surat Cara Proklamasi tersebut dalam keadaan terpaksa atau di bawah tekanan.

Bagaimanapun, Presiden UMNO itu memberi bayangan bahawa pihak lain yang hadir ketika dokumen berkenaan ditandatangani mungkin mempunyai pandangan berbeza mengenai dakwaan tersebut.

Kontroversi tercetus selepas Undang Yang Empat mendedahkan dokumen yang mengandungi tandatangan Ismail berhubung cadangan penurunan takhta Tuanku Muhriz.

Ismail kemudiannya mendakwa beliau dipaksa menandatangani dokumen berkenaan dan telah membuat laporan polis.

Namun, peguam yang didakwa menyediakan serta menyaksikan proses tandatangan itu dilaporkan menafikan wujud sebarang unsur paksaan dan mendakwa Ismail menandatanganinya secara rela hati.

Percanggahan keterangan itu meningkatkan tekanan terhadap Ismail, dengan beberapa pemimpin dan ADUN BN menuntut penjelasan menyeluruh bagi mengelakkan krisis berkenaan terus menjejaskan kredibiliti pentadbiran Negeri Sembilan.

Setakat ini, Ahmad Zahid dan kepimpinan UMNO belum mengumumkan sebarang keputusan rasmi berhubung kedudukan Ismail.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat