Rakyat bosan permainan politik tak bermanfaat- Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peratusan rendah keluar mengundi bagi pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini sewajarnya memberi keinsafan kepada semua ahli politik bahawa rakyat menunjukkan protes yang mereka tidak berminat dengan isu-isu politik yang tidak memberikan manfaat untuk rakyat.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menegaskan, rakyat bosan dengan permainan politik yang tidak habis-habis demi untuk kepentingan dan nafsu serakah individu.

“Rakyat mahukan pemimpin yang bercakap mengenai bagaimana pemimpin boleh memudahkan urusan kehidupan mereka,bukan bercakap bagaimana menggunakan rakyat untuk mencapai kepentingan diri sendiri.

“Sebagai orang politik,sedarlah diri jangan terlalu angkuh dan sibuk berpolitik
Anda pemimpin,maka tugas utama adalah untuk membantu rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Susulan itu, Dr Akmal mengingatkan kepada pihak yang berhasrat untuk buat himpunan selamatkan Malaysia, beliau ucapkan selamat berjaya.

“Jika itu bermanfaat kepada rakyat,silakan. Jika tidak,rakyat mampu menilai,” katanya.

Semalam, Pemuda Perikatan Nasional (PN) akan menggerakkan himpunan aman pada 16 September depan di hadapan kompleks beli-belah Sogo bagi memulakan kempen Selamatkan Malaysia susulan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, perhimpunan tersebut adalah sebagai permulaan sebelum menggerakkan satu kempen jelajah Selamatkan Malaysia ke seluruh negara.

Beliau berkata, terdapat dua isu akan difokuskan oleh pihaknya iaitu pelepasan tanpa bebas terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan 47 kes rasuah dan pengubahan wang harap serta isu badan kehakiman dan sistem perundangan negara yang disifatkan sebagai kian meruncing.

“Isu ini membuka mata terhadap kegusaran rakyat berkenaan sistem keadilan negara dan ia dibahaskan secara terperinci oleh pihak berkepentingan seperti Bersih, Majlis Peguam bahkan parti dalam kerajaan hari ini minta penjelasan daripada Peguam Negara.

“Bagi kita, ia adalah suatu pencabulan terhadap sistem perundangan negara dan lebih memalukan, parti yang bercakap mengenai kedaulatan undang-undang dan menolak korupsi ialah DAP tetapi DAP mensucikan amalan seperti ini,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat