KPM tidak akan berkompromi dalam isu buli

KUALA LUMPUR – ‘KPM tidak akan berkompromi dan tidak akan melindungi sesiapa pun,’ tegas Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berhubung kes kematian tragis Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang kini mendapat perhatian seluruh negara.

Menurutnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menolak segala bentuk perlakuan buli di sekolah dan pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Dalam kes Zara yang sekarang kita tahu bahawa perkembangan sekarang dalam siasatan polis dan pihak KPM akan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

“Cuma KPM inign menegaskan bahawa KPM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana isu yang berkaitan dengan isu buli.

“Malah, KPM juga tidak akan melindungi sesiapa pun seperti yang dikatakan pada semua peringkat, dan KPM telah dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan untuk membantu segala siasatan dalam kes yang terbabit,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan–Semporna) di Dewan Rakyat, hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat