Himpunan Maruah Tanah Airku hanya ditangguh, Pemuda Umno tak apologetik

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno menafikan mesej permohonan maaf penangguhan himpunan seperti yang tersiar di media, kerana ia bukan kenyataan rasmi.

Setiausahanya Hafiz Ariffin sebaliknya menegaskan, Pemuda Umno tetap tegas dan berpegang teguh kepada keputusan yang dibuat terhadap isu ini tanpa sebarang rasa apologetik.

“Pemuda Umno menyambut baik pengumuman oleh Ketua Polis Pulau Pinang, bahawa individu yang memasang bendera secara terbalik telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Sehubungan dengan itu, bagi menghormati proses dan tindakan undang-undang yang telah diambil, Himpunan Maruah Tanah Airku, ditangguhkan,” tegas Hafiz.

Sebelum itu dilaporkan, Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menangguhkan ‘kelas memasang bendera’ terhadap individu yang me­ngibarkan bendera Malaysia secara terbalik di Pulau Pinang selepas polis menahan suspek.

Akmal berkata, tindakan tersebut diambil bagi memberi ruang kepada proses pendakwaan terhadap individu berkenaan.

“Namun, jika ada pihak lain yang berani mencabar selepas ini, kami sedia turun untuk mengajar sekali lagi,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Akmal berkata, pihaknya turut mendesak pendakwa raya dan mahkamah menjatuhkan hukuman berat supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat, tanpa mengira bangsa atau latar belakang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat