RM2.55 dalam poket Sanusi hasil kerja rakyat Selangor – Amirudin

- Advertisement -

KERAMAT- Pengundi Selangor dirayu untuk mempertahankan pentadbiran kerajaan negeri ini selepas berjaya menyumbang peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) paling tinggi dalam sejarah negeri itu pada tahun lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor menyumbang 25.5 peratus kepada KDNK pada 2022.

“Makna apa? Dalam setiap RM10 dalam poket rakyat Malaysia termasuk RM10 dalam poket Sanusi (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor), RM2.55 sen datang dari kegiatan ekonomi hasil kerja rakyat Selangor.

“Sebab tu bila mereka kata nak Selangor baru, nak jadi mcm mana? Nak jadi macam Kedah? Kedah cuma ada RM0.40 sen dari RM10,” katanya Ceramah Grand Finale Arus Merah Kuning yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, malam tadi

Susulan itu, Amirudin mengharapkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dapat memberi kemenangan besar di Selangor.

Katanya, ini kerana bukan sahaja mahu memastikan terus pembangunan, tetapi memastikan kestabilan negara yang haru biru disebabkan oleh pengkhianat yang gila kuasa pda 2020.

“Rakyat dah letih nak bertukar kerajaan, sekarang di bawah Kerajaan Perpaduan kita ada 148 Ahli Parlimen, ini kali pertama kita ada dua per tiga majoriti.

“Mari kita dengar apa dikatakan oleh pimpinan Perikatan Nasional (PN). Ketika kempen, bukan galak nak bagitahu rakyat perlu dijaga, anak-anak dipelihara (tapi yg dia galak yang rakus yang selalu sebut ‘kita nak menang Selangor sebab nak jatuhkan Kerajaan Persekutuan.

“(Jadi) 12 Ogos kuasa di tangan kita, nak pastikan negara negeri stabil, jangan benar lagi pengkhianat dapat undi.

“Orang nak menang negeri nak jaga rakyat. Nak menang nak bagi peluang pekerjaan… nak majukan negeri. Dia menang negeri, nak jatuhkan kerajaan…mereka ni memang pengkhianat, perosak..kita tolak dia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat