KPM Sentiasa Berikan Yang Terbaik Untuk Murid Pendidikan Khas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Jidin hari ini meluangkan masa bersama bersama anak-anak pendidikan khas dari seluruh Putrajaya.

Ini sempena Kejohanan Sukan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) kali ke-11 peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Seronok pak cik tengok semangat anak-anak semua dalam mencuba yang terbaik. Meriah juga dengan sorakan dan sokongan para ibu bapa yang hadir bersama tadi.

“Kepada anak-anak MBPK, ibu bapa dan guru-guru, you’re not alone in this! KPM akan sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak MBPK,” kata Radzi dalam hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong setiap usaha KPM dalam memastikan kesejahteraan anak-anak generasi pewaris negara, termasuk anak-anak MBPK.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat