Guna duit LCS untuk bayar hutang lapuk demi ekosistem pertahanan – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempertikai kritikan pembangkang berkenaan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS)
membelanjakan sebanyak RM400 juta untuk projek lama iaitu projek Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) walhal ia sepatutnya untuk projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS).

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan, peranan Boustead bukan hanya untuk membina kapal LCS tetapi juga untuk membangunkan ekosistem pembinaan kapal perang serta industri pertahanan negara.

“Jadi, jika tak lunaskan hutang lama kepada vendor-vendor dan pembekal projek NGPV, siapa lagi yang mahu atau mampu untuk membekal kepada Boustead untuk pembinaan LCS?

“Dan jika hutang tidak dilunaskan dan vendor-vendor serta pembekal gulung tikar, bagaimana pula nak membina ekosistem industri perkapalan pertahanan? tegas Najib.

Hal ini katanya, susulan terbaca ada lagi komen penyokong sebelah sana yang tanya dalam posting saya sebelum ini kenapa Boustead perlu guna sebahagian dana diterima dari projek LCS untuk membayar hutang lama projek NGPV.

Maka Najib tampil menjelaskan dengan lebih mendalam lagi biarpun katanya beliau tidak terlibat dalam keputusan Boustead ketika itu.

Untuk rekod sehingga 28 Oktober 2020, jumlah pembayaran yang dibuat kerajaan kepada BNS adalah sebanyak RM6.08 bilion untuk LCS, namun, tidak digunakan sepenuhnya.

Pengarah Program LCS syarikat BNS, Kepten Ir. Azhar Jumaat berkata, selain menyelesaikan hutang-hutang lapuk BNS, sebanyak RM305 juta lagi wang digunakan untuk keperluan fasiliti integrasi.

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong juga mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif LTAT, Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman berkenaan “selepas kegagalan projek penswastaan pembinaan kapal-kapal Navy yang diberi kepada Syarikat PSC satu ketika dulu, Boustead terpaksa mengambil alih syarikat ini demi menyelamatkan kerugian di seluruh rantaian kewangan dan ekonomi.

Pengambilan ini termasuk hutang bank yang amat besar yang kini terpaksa ditanggung oleh Boustead Holdings dan Boustead Naval Shipyard. Maka sebahagian dari wang LCS terpaksa digunakan untuk bayar hutang lapuk Syarikat PSC ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat