DAP hadapi cabaran sengit BN di kawasan tradisi

JOHOR BAHRU, – DAP berdepan cabaran sengit daripada Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan tradisinya berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri Johor setakat jam 8 malam.

Data yang dipaparkan menerusi laman keputusan DAP menunjukkan BN sedang mendahului di 11 daripada 17 kerusi yang dipaparkan, manakala Pakatan Harapan (PH) mendahului di enam kerusi.

Antara keputusan yang mencuri perhatian ialah N46 Perling apabila PH memperoleh 16,801 undi, hanya 845 undi di hadapan BN yang meraih 15,956 undi. Sebanyak 34,355 undi telah dikira di kerusi berkenaan, termasuk 1,598 undi calon BERSAMA.

Di N42 Johor Jaya, BN mendahului dengan 23,311 undi berbanding PH yang memperoleh 20,555 undi. BN turut berada di hadapan di N52 Senai dengan 2,715 undi, manakala PH memperoleh 2,373 undi dan BERSAMA 165 undi daripada keseluruhan 5,253 undi yang dikira.

BN juga mendahului di N50 Bukit Permai selepas meraih 7,372 undi berbanding PH 4,325 undi, PN 238 undi dan BERSAMA 338 undi. Sebanyak 12,273 undi telah dikira.

Di N40 Tiram, BN memperoleh 12,480 undi, mengatasi PH yang meraih 7,817 undi. PN memperoleh 2,176 undi, manakala BERSAMA menerima 648 undi daripada keseluruhan 23,121 undi yang dikira.

BN turut mencatat kelebihan besar di N55 Pekan Nenas dengan 12,113 undi berbanding PH yang memperoleh 4,756 undi.

Di N06 Bekok, BN meraih 10,294 undi berbanding PH 5,922 undi daripada keseluruhan 16,216 undi yang dikira. Di N10 Tangkak pula, BN memperoleh 11,686 undi, manakala PH menerima 8,409 undi daripada 20,095 undi.

BN turut mendahului di N19 Yong Peng dengan 11,704 undi berbanding PH 7,707 undi daripada keseluruhan 19,411 undi.

Di N02 Jementah, BN memperoleh 5,232 undi, PH 4,024 undi dan PN 1,275 undi daripada 10,531 undi yang dikira.

BN juga berada di hadapan di N22 Parit Raja dengan 2,402 undi, berbanding PH 843 undi dan PN 352 undi daripada keseluruhan 3,597 undi.

Di N39 Paloh, BN meraih 3,414 undi, PH 1,329 undi, PN 135 undi dan calon Kereta Api 35 undi daripada 4,913 undi yang dikira.

Bagaimanapun, PH masih mengekalkan kelebihan di beberapa kubu bandar DAP.

Di N12 Bentayan, PH memperoleh 13,917 undi berbanding BN 7,784 undi daripada keseluruhan 21,701 undi.

PH turut mendahului di N23 Penggaram dengan 8,365 undi berbanding BN 6,015 undi daripada 14,380 undi yang dikira.

Di N28 Mengkibol, PH meraih 13,912 undi, manakala BN memperoleh 11,170 undi daripada keseluruhan 25,082 undi.

PH juga berada di hadapan di N45 Stulang dengan 8,943 undi, diikuti BN 6,298 undi, BERSAMA 681 undi dan PN 471 undi daripada 16,393 undi yang dikira.

Di N48 Skudai, PH memperoleh 8,304 undi berbanding BN 6,795 undi berdasarkan paparan keputusan setakat jam 8 malam.

Keputusan tidak rasmi itu menunjukkan BN berjaya memberi tekanan kuat kepada DAP di beberapa kerusi bandar dan campuran yang selama ini dianggap kawasan tradisi parti berkenaan.

Bagaimanapun, semua keputusan tersebut masih belum rasmi dan tertakluk kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat