Jenama minuman tempatan, MINT CHA, hari ini mencatat detik penting bersejarah apabila meraikan pembukaan rasmi premis pertama MINT CHA di TTDI. Sambutan yang bermula sejak jam 12 tengah hari itu menyaksikan orang ramai mula memenuhi lokasi berkenaan bagi mengambil peluang menikmati promosi istimewa sempena Grand Opening, selain merasai sendiri keunikan minuman yang menggabungkan dua elemen yang jarang dipadankan dalam satu cawan iaitu matcha dan mint.
Bagi pelanggan yang telah mengenali MINT CHA sejak tahun lalu, pembukaan rasmi ini merupakan satu pencapaian besar dalam perjalanan jenama tersebut. Namun bagi mereka yang baru pertama kali mengenalinya, MINT CHA bukan sekadar sebuah kedai minuman biasa. Mengangkat konsep specialty handcrafted drinks, setiap minuman dihasilkan menggunakan resipi yang dibangunkan sendiri menerusi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mengambil masa berbulan-bulan bagi memastikan kualiti serta keseimbangan rasa yang tersendiri.
Sempena pembukaan rasmi hari ini, MINT CHA menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk semua minuman bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 2 pagi. Dalam masa yang sama, dua jenama yang turut berkongsi lokasi sama, Cookiedoh dan Big Boss HSP, menawarkan diskaun 10 peratus kepada pelanggan yang hadir. Kolaborasi ini menjadikan sambutan pembukaan lebih meriah apabila pengunjung dapat menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman dalam satu lokasi.

Di sebalik kemeriahan Grand Opening hari ini, MINT CHA bermula daripada sebuah idea yang lahir daripada minat dua sahabat, Ahmad Isshahrul Isskandar dan Wan Azhar Tanzirun, terhadap dunia minuman. Menurut mereka, inspirasi untuk membangunkan jenama ini tercetus ketika mereka sering meluangkan masa mencuba pelbagai minuman di kafe. Aktiviti tersebut akhirnya membuka ruang kepada mereka untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza daripada pilihan minuman yang tersedia di pasaran.
Namun, perjalanan membangunkan MINT CHA tidak berlaku dalam sekelip mata. Mereka mengambil masa untuk menjalankan pelbagai eksperimen bagi mencari formula rasa yang tepat sebelum memperkenalkan produk kepada pelanggan. Proses R&D pertama dilakukan secara sederhana ketika berada di Pulau Pinang apabila mereka membeli sendiri susu, serbuk matcha dan beberapa bahan lain untuk mencuba pelbagai kombinasi rasa.
Bagi mereka, menghasilkan minuman yang sedap sahaja belum mencukupi. Mereka mahu mencipta minuman yang mampu dinikmati oleh lebih ramai golongan, termasuk pelanggan yang sebelum ini kurang menggemari matcha kerana rasa aslinya yang lebih kuat.

Keinginan tersebut mendorong mereka menghasilkan sirap buatan sendiri yang kini menjadi identiti utama MINT CHA. Berbeza daripada sirap komersial yang biasa digunakan dalam industri minuman, sirap MINT CHA dibangunkan sendiri dengan gabungan pelbagai bahan bagi menghasilkan profil rasa yang lebih lembut, seimbang dan mempunyai sentuhan floral. Pendekatan ini membantu mengurangkan rasa “berumput” yang sering dikaitkan dengan matcha, sekali gus menjadikan minuman tersebut lebih mudah diterima oleh pelanggan baharu.
Antara hasil kreativiti MINT CHA ialah menu yang diinspirasikan daripada makanan tradisional tempatan seperti Batang Buruk Genmaicha. Minuman ini menggunakan sirap buatan sendiri yang menggabungkan bahan seperti pandan, gula Melaka dan campuran rempah bagi menghasilkan rasa yang mengingatkan pelanggan kepada kuih Batang Buruk, namun dalam bentuk minuman moden.
Pendekatan tersebut memperlihatkan usaha MINT CHA menggabungkan elemen warisan tempatan dengan budaya minuman moden yang semakin berkembang, khususnya dalam kalangan generasi muda yang mencari pengalaman rasa baharu.
Kini, MINT CHA menawarkan kira-kira 18 pilihan minuman yang memenuhi pelbagai cita rasa pelanggan. Antara menu yang menjadi pilihan ramai ialah Mintcha Bloom, gabungan mint dan matcha yang menjadi identiti utama jenama tersebut. Turut mendapat perhatian ialah Ichigo Shortcha dengan kombinasi strawberi dan ais krim strawberi, Matcha Ube yang tampil dengan tekstur lebih berkrim, serta Batang Buruk Genmaicha yang membawa sentuhan tempatan.
Selain pilihan berasaskan matcha, MINT CHA turut menyediakan minuman berasaskan coklat gelap untuk pelanggan yang kurang menggemari matcha tetapi masih mahu mencuba minuman dengan karakter rasa yang unik.
Walaupun kedua-dua pengasas MINT CHA berasal daripada bidang teknologi maklumat (IT), pengalaman mereka dalam industri makanan dan minuman sebelum ini banyak membantu dalam memahami operasi perniagaan serta kehendak pelanggan. Pengalaman tersebut menjadi asas dalam membangunkan sistem operasi, prosedur standard (SOP), penghasilan produk yang konsisten serta memastikan setiap cawan yang dihidangkan memenuhi tahap kualiti yang ditetapkan.
Menurut mereka, terdapat beberapa tawaran untuk membuka lokasi di tempat lain termasuk pusat beli-belah. Namun buat masa ini, fokus utama adalah memperkukuhkan operasi dan memastikan setiap produk yang dihasilkan mengekalkan kualiti serta identiti MINT CHA.

Selain premis fizikal pertamanya di TTDI, MINT CHA juga aktif menyertai pelbagai acara komuniti, festival dan pop-up sebagai platform memperkenalkan jenama kepada lebih ramai pengguna. Melalui pendekatan tersebut, mereka dapat mendekati pelanggan secara langsung serta memperoleh maklum balas untuk terus menambah baik produk dan pengalaman yang ditawarkan.
Dalam perancangan jangka panjang, MINT CHA menyasarkan untuk menjadi antara jenama pilihan rakyat Malaysia apabila bercakap mengenai minuman berasaskan matcha dan mint. Bagi mereka, kejayaan bukan hanya diukur melalui jumlah lokasi yang dibuka, tetapi sejauh mana jenama itu mampu membina komuniti pelanggan yang setia serta menawarkan pengalaman menikmati minuman yang berbeza daripada kebiasaan.
Pembukaan rasmi premis pertama MINT CHA di TTDI hari ini menjadi bukti bahawa perjalanan yang bermula daripada satu idea kini berkembang menjadi sebuah jenama tempatan yang mempunyai identiti tersendiri. Dengan konsep handcrafted drinks, penggunaan sirap buatan sendiri, menu kreatif serta komitmen terhadap kualiti, MINTCHA dilihat bersedia untuk melangkah lebih jauh dalam industri makanan dan minuman tempatan.
Bagi mereka yang masih belum berkesempatan mencuba, pembukaan rasmi ini menjadi peluang terbaik untuk menikmati sendiri pengalaman rasa yang ditawarkan oleh MINT CHA sambil merasai keunikan gabungan matcha dan mint dalam setiap hidangan.



