Wanita Pertama Sertai Unit Komando Elit Tentera Amerika

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Pasukan khas tentera darat Amerika, Green Beret, buat pertama kalinya menerima seorang anggota wanita yang berjaya melepasi ujian kelayakan untuk menyertai pasukan itu baru-baru ini.

(Bagi yang kurang mengenali Green Beret berbanding pasukan khas lain dalam tentera AS seperti Navy Seal dan Delta Force, watak John Rambo – lakonan Sylvester Stallone dalam filem popular Rambo sekitar era 80-an, adalah diasaskan dari keanggotaan dalam pasukan khas ini).

Watak John Rambo dalam filem Rambo adalah diasaskan dari anggota Green Beret

Anggota wanita tersebut yang menerima tauliah sebagai anggota Green Beret Khamis lepas, bagaimanapun dirahsiakan identitinya atas faktor keselamatan untuk misi yang akan datang.

Media mula mengesan terdapat seorang wanita dikalangan anggota Green Beret yang ditauliahkan pada Khamis, setelah Pemerintah Pasukan Khas Tentera Amerika Syarikat, Let. Jen. Fran Beaudette dalam ucapannya merujuk mereka sebagai ‘men and women of Green Berets”.

Sejak penubuhannya pada tahun 1950, ini adalah kali pertama seorang wanita diterima ke dalam pasukan khas berkenaan.

Bagaimanapun, beliau bukanlah wanita pertama yang berjaya melepasi ujian kelayakan untuk memasuki pasukan khas tersebut kerana seorang wanita lain, Kapten Kate Wilder pernah melepasi ujian kelayakan untuk menyertai Green Beret pada tahun 1980, tetapi tidak ditauliahkan ke dalam pasukan berkenaan.

Kate kemudiannya menyaman tentera Amerika Syarikat kerana mendakwa berlaku diskriminasi. Beliau bagaimanapun kekal dalam organisasi pasukan khas tentera sehingga bersara pada tahun 2013, cuma bukan sebagai anggota Green Beret – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat