Setia Seperti Liverpool, Cari Strategi Baru Seperti MU – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan komitmen dan kesetiaan penyokong Liverpool selama 30 tahun untuk melihat pasukan itu kembali menjuarai Liga Perdana English, antara tauladan yang boleh diterap dalam politik di negara kita.

BN pula kata Najib, seperti pasukan pilihannya, Manchester United (MU) yang perlu mencari strategi serta pendekatan baru untuk menang dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dalam konteks MU, sudah tentu tentang memikirkan cara untuk menjulang kembali kejuaraan tersebut yang kali terakhir dimenangi mereka lebih 9 tahun yang dulu

Kedua-dua analogi ini digunakan Najib ketika merumuskan perbincangan dalam sesi Facebook Live beliau bersama dua penganalisis politik tempatan, Prof Dr. Sivamurugan Pandian dan Prof Dr. Azmi Hassan kelmarin.

Dalam sesi temuramah yang bertajuk ‘Muafakat atau Perikatan’ itu, Najib menjawab pelbagai soalan tentang dilema dihadapi UMNO/BN, antara meneruskan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional atau pihak-pihak lain dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Turut dijawab beliau ialah tentang fenomena Bossku dan bagaimana penggunaan media sosial seperti Facebook, bukan sahaja mampu mengubah pendapat awam mengenai kepimpinan negara, malah persepsi rakyat terhadap dirinya juga, berbanding sebelum PRU14.

Najib turut menekankan kewajipan menulis berasaskan fakta, menolak bukan sahaja fitnah tapi semua amalan “gutter politic” lain di media sosial, sebagai antara faktor jika pemimpin politik mahu menambat hati rakyat di media sosial

Tidak ketinggalan, Najib menyentuh tentang kemenangan besar BN dalam pilihanraya kecil Chini minggu lepas dimana beliau menyebut faktor pemilihan calon yang tepat sebagai antara ramuan yang menghasilkan kejayaan besar untuk BN dan Muafakat Nasional di situ.

Najib mengaitkan tekanan berlebihan dikenakan kerajaan terdahulu terhadap beliau dan keluarganya seperti penggeledahan di rumah ibunya yang uzur, telah menarik simpati rakyat dan dalam masa yang sama, mengubah persepsi awam terhadap Pakatan – dalam tempoh singkat mereka di peringkat persekutuan.

Selain kegagalan menunjukkan corak pentadbiran yang lebih baik berbanding kerajaan BN terdahulu.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat