PKR Semakin Tak Relevan, Pemimpinnya Zalim – Azmin Ali

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin tidak relevan kerana tindakan zalim pemimpinnya terhadap ahli sendiri dan rakyat telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti itu.

Memetik laporan Malaysia Gazette, bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemecatan keahlian Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha antara contoh kezaliman parti itu.

“Keadilan (PKR) sudah tidak lagi relevan. Sejak beberapa tahun ini Parti Keadilan sudah tercalar dan rakyat sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan yang ada pada hari ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Azmin berkata ramai ahli PKR termasuk pimpinan tertingginya kini merasakan kehadiran parti itu sudah tidak lagi diterima rakyat negara ini kerana tiada keadilan dalam urusan parti.

“Bagaimana mereka boleh membawa prinsip keadilan dalam pembangunan negara kalau prinsip keadilan ini tidak dapat diterjemahkan dalam proses tindakan disiplin terhadap mana-mana anggota di dalam parti.

“Dan sebab itu bagi saya YB Haniza seorang pemimpin yang cukup dihormati bukan soal dalam kerajaan atau parti,” ujarnya, dipetik dari laporan sama.

Azmin turut memuji tindakan bekas Ketua Wanita PKR itu yang menubuhkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Nation Of Women (NOW) dalam meneruskan perjuangannya dalam membela nasib wanita.

Kata Azmin, tindakan Haniza itu adalah lebih baik daripada beliau kekal dalam kerajaan atau parti sehingga dianggap ‘pengemis’ kepada pemimpin yang zalim.

“Yang penting beliau hendak meneruskan perjuangan menerusi pertubuhan yang dibentuk NOW. Untuk menggerakkan terus seluruh wanita menjadi penggerak utama dalam pembangunan negara.

“Saya rasa prinsip ini lebih baik daripada kekal dalam kerajaan atau parti tetapi menjadi pengemis kepada pemimpin yang zalim,” kata Azmin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat